Isu Kementerian Pertahanan Amerika Serikat (Pentagon) telah memperoleh sebuah peranti elektronik yang diyakini sebagi senjata tenaga terarah yang dikenali sebagai “Sindrom Havana”.Menurut laporan eksklusif yang diterbitkan oleh MSN News, operasi membeli peranti ini dijalankan secara “undercover” atau tersembunyi. Tentang operasi, lokasi pembelian, atau identitas penjual masih belum di publikasi kepada umum.
Sindrom Havana merujuk kepada satu gejala kesehatan yang dilaporkan pertama kali oleh pegawai diplomatik dan perisik AS serta Kanada di Havana, Cuba, sekitar tahun 2016. Korban melaporkan mengalami sakit kepala yang hebat, pening, mual, masalah pendengaran, dan kesukaran kognitif yang dikenali sebagai “kesan kesehatan neurologi yang tidak dapat dijelaskan”.
Sindrom ini masih menjadi bahan perdebatan sengit dalam kalangan agensi dan saintis, satu teori utama yang telah lama dikemukakan ialah penggunaan sejenis senjata tenaga terarah, seperti gelombang mikro atau radio frekuensi, yang disasarkan ke arah individu tertentu.
Isu Pembelian peranti misteri oleh Pentagon ini mencetuskan beberapa persoalan kritikal:
- Adakah peranti ini dirampas daripada pihak yang melakukan serangan?
- Adakah ia dibeli untuk tujuan penyelidikan dan analisis bagi memahami teknologi yang mungkin digunakan?
- Adakah ini petanda bahwa senjata aktif terhadap Sindrom Havana sedang memasuki fase baru yang lebih canggih?
Sumber dan Konteks Lanjut
Walaupun laporan MSN News ringkas, isu Sindrom Havana telah mendapat liputan luas. Berikut adalah beberapa perkembangan utama berkaitan berdasarkan laporan dari pada berbagai sumber ,
BBC News, “Havana syndrome, Mystery illness and the search for answers” (Jun 2024).
Laporan Analisis Agensi (2023), Sebuah panel pakar yang dilantik oleh Pejabat Pengarah senjata Kebangsaan AS menyimpulkan bahawa “tidak mungkin” serangan gelombang radio atau tenaga terarah oleh musuh antara bangsa menjadi penyebab Sindrom Havana.
Sumber: The New York Times, “U.S. Intel Officials Divided on Cause of Mysterious ‘Havana Syndrome’” (Mac 2023).
Akta Bantuan Mangsa Sindrom Havana (2021), Kongres AS telah meluluskan undang-undang untuk memberikan pampasan dan sokongan penjagaan kesehatan kepada pegawai kerajaan dan ahli keluarga mereka yang terjejas oleh kejadian kesehatan aneh di seluruh dunia.
Laman Web Rasmi Kongres AS, “Havana Act of 2021”.
Sumber, Jurnal Perubatan JAMA, “Neuroimaging Findings in US Government Personnel With Possible Exposure to Directional Phenomena” ( 2020).
Sumber: Politico, “‘Havana Syndrome’ attacks spread to Europe” (September 2021).



















